Friday, 3 April 2015

Masalah Cacing Pada Kanak-Kanak

Dari catatan seorang doktor

Saya seorang petugas sebuah hospital. Pada minggu lepas saya bertuga di sebuah hospital di Ampang, seorang warga asing Islam Bangladesh datang membawa anaknya yang berumur 4 tahun. Pada mulanya saya menjangka anak ini demam sebab kelihatan sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa… betul kata si ayah… ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur.


Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya…. Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab… mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin… Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya… tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”… tak pernah-pernah sopan macam tu…


Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.



Cacing-cacing yang popular di Malaysia :-
  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru.
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus.
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
*Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa – sekali dia menguit… dah tahu jantan betina…



Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)



Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing

2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah

3. Potong kuku pendek

4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging

5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah

6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka

7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.

8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar

9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada



Ada 2 jenis ubat cacing :-

  • Albendazole/mebendazole – Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.
  • Pirantel Pamoate – Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin… jangan jadikan anda mangsa cacing…



Petua

Masalah Cacing
Oleh itu, cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.

Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus. Kemudian diembunkan semalaman. Selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Diberi minum seteguk jika boleh, insyaAllah dapat membantu.

IQ Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah

Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.

Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.

Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.

Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.

Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif si anak di sekolah.

Tuesday, 31 March 2015

Cucuk air tulang belakang?

Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.

Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.

Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.

Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.

Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.

Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang kerana mendengar banyak ‘khabar buruk’ tentang prosedur itu.

Kata-kata beliau sedikit sebanyak menggoncangkan perasaan saya dan menimbulkan banyak keraguan dalam hati saya.

“Ya, ALLAH hanya Engkau saja yang tahu apa yang terbaik untuk anak ku,” saya berdoa dengan lelehan air mata.

Saya bertawakal dan berserah setelah berusaha dengan cara yang difikirkan terbaik untuk anak saya.

Mengambil air tulang belakang atau lumbar puncture adalah suatu prosedure yang terbaik dan mudah untuk mendapatkan contoh cecair saraf dari selaput otak (cerebrospinal fluid, CSF).

CSF adalah cecair yang menyelaputi otak dan saraf tunjang. Apabila lumbar puncture dilakukan, sebatang jarum halus digunakan untuk mengeluarkan cecair ini dengan mencucuk di bahagian tertentu pada tulang belakang.

Jumlah ceceair diambil adalah sedikit dan ia tidak membawa kemudaratan kepada pesakit, kerana cecair ini akan digantikan semula (reproduce) dalam masa dua hari.

Ia tidak menyebabkan lumpuh, seperti yang khabarkan oleh orang ramai, kerana ia jarum yang dimasukkan tidak mencucuk saraf tunjang.

Saya amat bersykur kerana anak saya sekarang sihat dan tidak mengalami sebarang kemudaratan akibat pengambilan air tulang belakang itu.  Beliau aktif dan kuat berlari dan memanjat.

Ya ALLAH, aku bersyukur kepada MU yang memberikan pelbagai nikmat dan anugerah.

Ada beberapa rakan FB yang berkongsikan pengalaman mereka di facebook saya.

Zaidi Ismail : “Tak, April 2011, saya pernah diambil air tulang belakang, dan selepas itulah barulah dapat dikesan maningitis yang sebelumnya tak diketahui, dan dapat diberikan penawarnya. Selepas itu barulah sedar dari koma selepas 10 hari”

Aida Binti Ismail : “saya juga pernah melalui proses ini..tapi masa tu saya masih kecil...Alhamdulillah tiada apa yang serius berlaku"

Apa itu DISLEKSIA?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri ciri disleksia

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

  • Lambat bertutur 
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima 
  • Sukar menulis nama sendiri 
  • Sukar mengenal bentuk atau warna 
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya


Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira 
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas 
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : membezakan 15 dengan 51 - “was” menjadi “saw” - ‘b’ dengan ‘d’‘ - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Membantu anak2 bermasalah disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

  • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 
  • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

  • Terapi pertuturan -Latihan pendengaran dengan bantuan komputer 
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 
  • Merasa pergerakan bibir 


Menulis huruf atau perkataan Langkah-langkah pemulihan :

  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur 
  • Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) 
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar 


Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia.

Monday, 30 March 2015

Apa yang berlaku ketika kita marah dan menjerit?

Apabila kita menjerit pada anak, isyarat “takut” dihantar oleh telinga kecilnya ke amygdala otak hanya dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya untuk jeritan yang pertama. Apabila kita terus-terusan menjerit dan menjerit, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stress. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.

Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh "dibetulkan" untuk berfungsi semula. Tetapi, apabila tiada langkah pembaikan malah berterus-terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.

Apa yang berlaku kepada kita? Apabila kita menjerit, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan, yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah, dan menghindarkan otak kita untuk rasa empati dan mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri.

Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan ...


  • Beristighfar
  • Tarik nafas panjang dan lepas nafas
  • Senaman
  • Senyum/ketawa
  • Pelukan/belaian
  • Solat sunat/berdoa
  • Bertafakkur


Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan.

Anak Bebas Keluar-Masuk Rumah ?

Salah satu punca anak tidak boleh dikawal ialah kerana mereka dibiarkan bebas keluar-masuk rumah sejak usia persekolahan lagi:

Ibubapa Yang:
bertanggungjawab ... bijaksana ... prihatin ... berpandangan jauh akan mengenakan peraturan supaya anak tidak boleh keluar masuk rumah :

  • sewenang-wenangnya
  • ikut suka mereka sahaja
  • tanpa kebenaran/izin ibubapa
  • paling kurang beritahu ibubapa


Tanpa peraturan serupa itu di rumah, maka anak bebas keluar:

  • ke mana saja
  • dengan siapa saja
  • bila masa saja
  • buat apa saja


Ini yang membuat anak:

  • bebas berkawan dgn siapa saja
  • balik rumah jam berapa saja


Kerana KESILAPAN ibubapa tidak kenakan apa-apa peraturan khususnya sejak anak di sekolah rendah lagi dan berterusan sampai besar selagi tinggal sebumbung dgn ibubapa maka:

ANAK GADIS mereka HAMPIR:

  • bebas keluar dgn lelaki mana pun
  • bebas tidur dgn lelaki mana pun


Anak LELAKI mereka pula HAMPIR:

  • bebas bawa perempuan mana sekalipun
  • buat apa dgn siapa sekalipun


Wahai Mak-Ayah besarkn anak dgn:

  • Solat 5 waktu satu amalan tetap
  • Solat berjemaah bersama keluarga
  • Rajin solat berjemaah di masjid
  • Tarbiyah patuhi perintah Allah
  • Tarbiyah ikut cakap ibubapa/guru
  • Rajin berusaha jadi Muslim hebat
  • Bijak memilih kawan yg membantu


Maka anak yg begini adalah mutiara yg bakal membantu ibubapa ke jannah; pasti bukan bala yang bakal turut menghumban ibubapa ke neraka.

BAGAIMANA DGN ANAK ANDA?

Catatan:
Anak2 saya sendiri w/pun telah belajar di universiti / malah yg telah berkahwin sekalipun telah menjadi satu kebiasaan sekurang2nya beritahu kami (ibu atau ayah) ke mana mereka nak pergi apabila keluar dari rumah.

Sunday, 29 March 2015

Ketepikan Walker, Biarkan Anak Meniarap

Article Dato' Dr.Noor Laily, Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury :

Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yg penting bg pembangunan fizikal dan intelek anak-anak.

Dalam al-Quran surau al-Infithaar,Ayat 7-8 Allah berfirman: "Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yg di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu".
Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah.

Penggunaan walker boleh memudaratkan anak. Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yg tidak diingin spt terjatuh dr walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yg sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak.

Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dr dlm.Apa yg lebih penting ialah sekiranya anak diletak dlm walker,anak tidak berpeluang utk menjulur dan merangkak

Hakikat inilah yg perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang utk berkembang dr segi fizikal dan intelektual Manfaat Anak Meniarap Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak.

Antara kebaikannya adalah :

  • Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak dr tahap 1 ke tahap 3 dan tahap 3
  • Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)
  • Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya
  • Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya
  • Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan
  • Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya
  • Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka
  • Mencegah segala masalah yg blh berlaku jika anak ditelentangkan
  • Memperkuatkan asas bg dia cpt berdiri dan menyusur
  • Meningkatkan asas bg anak memperoleh pertuturan yg baik

Di sini saya menyarankan agar ibu-ibu yg mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja.Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Ini merugikan anak.

Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa utk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dgn pekerjaan sehingga anak berkemungkinan anak terjatuh dr walker.

Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yg ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini.