Tuesday, 31 March 2015

Cucuk air tulang belakang?

Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.

Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.

Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.

Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.

Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.

Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang kerana mendengar banyak ‘khabar buruk’ tentang prosedur itu.

Kata-kata beliau sedikit sebanyak menggoncangkan perasaan saya dan menimbulkan banyak keraguan dalam hati saya.

“Ya, ALLAH hanya Engkau saja yang tahu apa yang terbaik untuk anak ku,” saya berdoa dengan lelehan air mata.

Saya bertawakal dan berserah setelah berusaha dengan cara yang difikirkan terbaik untuk anak saya.

Mengambil air tulang belakang atau lumbar puncture adalah suatu prosedure yang terbaik dan mudah untuk mendapatkan contoh cecair saraf dari selaput otak (cerebrospinal fluid, CSF).

CSF adalah cecair yang menyelaputi otak dan saraf tunjang. Apabila lumbar puncture dilakukan, sebatang jarum halus digunakan untuk mengeluarkan cecair ini dengan mencucuk di bahagian tertentu pada tulang belakang.

Jumlah ceceair diambil adalah sedikit dan ia tidak membawa kemudaratan kepada pesakit, kerana cecair ini akan digantikan semula (reproduce) dalam masa dua hari.

Ia tidak menyebabkan lumpuh, seperti yang khabarkan oleh orang ramai, kerana ia jarum yang dimasukkan tidak mencucuk saraf tunjang.

Saya amat bersykur kerana anak saya sekarang sihat dan tidak mengalami sebarang kemudaratan akibat pengambilan air tulang belakang itu.  Beliau aktif dan kuat berlari dan memanjat.

Ya ALLAH, aku bersyukur kepada MU yang memberikan pelbagai nikmat dan anugerah.

Ada beberapa rakan FB yang berkongsikan pengalaman mereka di facebook saya.

Zaidi Ismail : “Tak, April 2011, saya pernah diambil air tulang belakang, dan selepas itulah barulah dapat dikesan maningitis yang sebelumnya tak diketahui, dan dapat diberikan penawarnya. Selepas itu barulah sedar dari koma selepas 10 hari”

Aida Binti Ismail : “saya juga pernah melalui proses ini..tapi masa tu saya masih kecil...Alhamdulillah tiada apa yang serius berlaku"

No comments:

Post a Comment