Tuesday, 31 March 2015

Apa itu DISLEKSIA?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri ciri disleksia

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

  • Lambat bertutur 
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima 
  • Sukar menulis nama sendiri 
  • Sukar mengenal bentuk atau warna 
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya


Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira 
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas 
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : membezakan 15 dengan 51 - “was” menjadi “saw” - ‘b’ dengan ‘d’‘ - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Membantu anak2 bermasalah disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

  • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 
  • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

  • Terapi pertuturan -Latihan pendengaran dengan bantuan komputer 
  • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 
  • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 
  • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 
  • Merasa pergerakan bibir 


Menulis huruf atau perkataan Langkah-langkah pemulihan :

  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur 
  • Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) 
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar 


Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia.

No comments:

Post a Comment