Thursday, 29 January 2015

8 cara mengurangkan rasa sakit senggugut semasa menstruasi/haid

Selain mempengaruhi emosi, haid juga kerap diikuti rasa sakit atau kejang pada bahagian bawah perut. Berikut beberapa perkara yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakit setiap kali datang bulan

1. Teknik Botol Ajaib ( botol panas ) 
8 cara mengurangkan rasa sakit senggugut semasa menstruasi/haidTeknik ini sangat popular di kalangan wanita. Cukup dengan meletakkan botol berisi air panas atau pad panas / hangat pada bahagian perut untuk mengurangkan rasa kejang dibahagian perut.

2. Urutan
Berbaringlah dengan posisi kaki sedikit lebih tinggi (anda boleh meninggikannnya dengan bantal). Selepas itu, urut bahagian perut / abdomen secara perlahan.

3. Sukan/Riadah Ringan
Jangan percaya dengan mitos bahawa wanita yang sedang haid tidak boleh bersenam. Sukan ringan seperti bersenam, berjalan kaki mahupun berbasikal boleh membantu memperlancarkan aliran darah pada otot sekitar rahim. Kesannya, rasa ngilu pun akan berkurang. Jadi usah rasa ragu-ragu untuk bersenam sebelum dan ketika masa datang bulan ya.

4. Ubat tradisional 
Jika cara diatas masih belum membantu mengurangkan rasa sakit perut anda, mungkin anda boleh cuba menggunakan ramuan nenek moyang untuk mengatasi masalah kesakitan haid. Tumbuhan berubat seperti daun dewa, mawar, siantan / soka, daun hia / baru cina, teki dan temu lawak, dipercayai mempunyai banyak khasiat. Diantaranya, mempunyai kesan analgetik (meredakan rasa sakit), melancarkan peredaran darah serta mencairkan bekuan darah.

5. Kunjungi Doktor
Rangkaian tips diatas adalah cara untuk mengatasi kesakitan haid akibat gangguan utama yang disebabkan perubahan hormon. Selain gangguan utama, ada juga gangguan menengah. Gangguan menengahdialami oleh wanita yang biasanya tidak mengalami gangguan utama. Biasanya gangguan tersebut berhubungan dengan gangguan ginekologis seperti endometriosis, penyempitan serviks, malposisi uterus, penyakit radang pelvis maupun ketumbuhan di panggul. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gangguan seperti ini, anda diharuskan berjumpa doktor pakar untuk merawat kesakitan anda.

6. Diet Sihat
Ini termasuk banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta air yang banyak. Cuba untuk mengesan bagaimana makanan tertentu mempengaruhi tempoh kesakitan perut anda. Makanan yang mengandungi banyak serat amat berguna dalam pembersihan estrogen yang berlebihan (yang boleh membawa kepada tempoh dan kekejangan yang lebih berat dan lebih menyakitkan)

7. Ambil pil tambahan kesihatan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 tambahan boleh mengurangkan rasa senggugut. [1] Zink dan kalsium telah didapati mengurangkan kekejangan, kembung dan PMS. [2] Kalsium dan magnesium mengurangkan kesakitan otot, tetapi perlu diambil untuk 2-3 bulan setiap hari sebelum mendapat kesan yang ketara.

8. Elakkan pengambilan alkohol dan kopi
Alkohol dan kafein di dalam kopi akan membuat kekejangan perut anda bertambah teruk.

1 comment: