Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Sunday, 15 March 2015

Subhanallah!!! Video dan 5 Gambar Pantai Tanpa Laut

Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut.Inilah salah satu bukti kebesaran ciptaan Illahi yang tiada tolok bandingannya. SUBHANALLAH

Selama ini kita hanya dapat mendengar, jika ada pantai, tentu ada lautnya. Namun ini yang berlaku sebaliknya. Terdapat sebuah lokasi tetapi bukan di Malaysia yang mana terdapat pantai yang ia tidak mempunyai air laut seluas yang biasa kita lihat. Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol.

Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut! Terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut. Boleh tonton video di bawah ini.

Tuesday, 10 March 2015

HUKUM BERCUKUR SEBELUM MANDI WAJIB




[Kitab Hidayatus Salikin] Siri 78
Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu
27 Ogos 2014 / 01 Dzulkaedah 1435
Keluaran : STUDIO MUKMIN https://www.facebook.com/studiomukmin...

FB UAI : https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar....
Studio Mukmin : https://www.facebook.com/studiomukmin...
FB : Klip Soal Jawab Agama UAI:
https://www.facebook.com/UstazYouTube
Google + : https://plus.google.com/+hambafaqir

SENARAI PENGEDAR VCD 
K TRG: Che Mohd: 0199274186/0179100958
LOSONG: Nazri: 0199256156
BATU 6: Abd Rahim: 0179660266
KUALA IBAI: Ju: 0199915568
DUNGUN: Ahmad Jefri: 0139807076
KEMAMAN: Md Zahariza: 0129892325
SELANGOR: Hj Mohd Rapi:0133990239
KUALA LUMPUR: Roslina: 0173106282
KEDAH: Aizat: 0195121054
KELANTAN: Rosli Ngah: 0139898867
TEMERLOH: Annuar: 0199316843
ENDAU/MERSING: Zam Abd Wahab: 0167768789
MELAKA: Khairul Azhar: 0192457253
KUANTAN: Hj Hashim: 0199824009
JOHOR: Jafry: 0137556016

Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW 
bersabda," Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU 
AYAT" (HR. Imam Bukhari)

Monday, 9 March 2015

Subhanallah!! VIDEO Kubah Masjid NABAWI Bertukar Warna Sedikit

Tidak tahu sejauh mana kesahihan video ini, kerana jika diperhatikan kubah Masjid Nabawi, Madinah yang bewarna hijau telah bertukar sedikit menjadi kepada warna Merah! Warna kubah tidaklah sepenuhnya berubah Merah tetapi sedikit perubahan yang dilihat dengan mata kasar ini cukup untuk menimbulkan kekaguman dan riuh di kalangan jemaah yang ada di situ.

Jelas kelihatan jemaah menunjuk-nunjuk kearah kubah terbabit dan tidak kurang juga ada yang mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keganjilan ini. Seperti dinyatakan tidak tahu sejauh mana benarnya kekecohan yang terakam ini. Dari pemahaman perisik, kejadian ini dipercayai baru berlaku semalam pada 7hb Mac 2015. Waktu berlaku tidak diketahui dengan tepat.

Perisik juga cuba mendapatkan pengesahan dari rakan media dan rakan yang berada di Tanah Suci. Mungkin ada di kalangan pembaca yang boleh mengesahkannya lagi bagus. Kalau ikut pada sejarah warna awal kubah masjid Nabawi adalah bewarna Biru/Ungu sebelum ditukar kepada warna Hijau.

Berikut adalah rakaman video yang bertajuk "Masjid An Nabawi Prophet's dome turning Red 3/7/15". Ini bukan kali pertama fenomena alam atau tanda luar biasa berkaitan Islam berlaku serta dipaparkan di Internet. Jadi janganlah ada yang terlalu taksub! Sebaiknya kembali berpeganglah kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana itu yang disuruh Rasulullah s.a.w. Bukan berpegang pada Kubah Masjid!

Monday, 2 March 2015

NGERI!! Pertarungan Hidup Mati Antara Sotong Kurita VS Anjing Laut (VIDEO)

Pertarungan di alam haiwan selalu menarik untuk dilihat dan diperhatikan. Tentunya dari jarak yang selamat, agar kehidupan alamiah di alam haiwan tidak terganggu oleh kehadiran kita, manusia, yang memang ingin melihatnya.

Biasanya, kita sering melihat pertarungan antara mangsa dan pemangsa di darat. Seperti pertarungan epik antara singa dengan kerbau liar. Atau lilitan ular sawa terhadap mangsanya yang ditelan bulat-bulat.

Tetapi di air juga ada pertarungan sengit antara haiwan, baik itu mangsa atau pemangsa. Terkadang saiz bukan sesuatu yang mutlak, agar dapat memenangi pertarungan. Bahkan haiwan besar pun boleh dikalahkan oleh yang lebih kecil.

Seperti sotong raksasa, yang mempunyai panjang lebih dari pada pemangsanya anjing laut. Bahkan untuk mengalahkannya diperlukan waktu yang tidak sebentar. Perkara ini yang dialami oleh jurugambar amatur bernama Bob Lanson berasal dari Kanada.

Saat ia dan keluarganya berkunjung dan berjalan di salah satu sudut pantai di pantai Ogden, ia melihat pertarungan antara anjing laut dan sotong besar, yang ukurannya lebih besar dari anjing laut dan berat kira-kira 23 kiogram.

Sotong raksasa tersebut kelihatan sedang berusaha lepas dari cengkaman anjing laut, dan mengerahkan semua organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel. tetapi usaha tersebut seolah-olah sia-sia.

Sekitar 10 minit berselang, anjing laut berjaya mengunyah salah satu bahagian organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel sotong tersebut. Sotong raksasa sendiri boleh dikatakan  jarang kelihatan di Kanada, kerana biasanya mereka hidup di perairan Alaska.

"Kurita tersebut kelihatan melilit seluruh bahagian anjing laut dengan organ tubuh yang dapat memanjang dan fleksibel. Termasuk bahagian muka anjing laut tersebut," kata Lanson.

Namun usaha sotong raksasa lepas dari anjing laut seolah-olah sia-sia, kerana beberapa saat kemudian sotong tersebut menyerah dalam pertarungan. Dan merelakannya menjad makanan anjing laut yang kelihatan sangat lapar.






Thursday, 26 February 2015

VIDEO VIRAL : PASANGAN KEKASIH DITELAN BUMI??

Viral kini di laman Youtube, satu rakaman CCTV yang memaparkan sepasang warga Korea Selatan kelihatan melalui detik cemas apabila terjerumus secara tiba-tiba ke dalam laluan pejalan kaki.

Menerusi video kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya turun dari sebuah bas kemudiannya ketika berjalan pada bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh dan menyebabkan pasangan tersebut jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat dihubungi dan segera ke tempatkejadian untuk membantu keluarkan mangsa. Mujurlah pasangan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang itu terbentu di bawah jubin dan mungkin berpunca dari pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Setelah itu laluan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Monday, 23 February 2015

VIDEO NGERI : Pisau Terbenam Dikepala Kucing Yang Masih Hidup

Pantang maut sebelum ajal untuk Zelonyy, seekor kucing liar yang dijumpai dengan sebuah pisau terbenam di kepalanya, Jumaat lepas.

Kucing liar berkenaan dijumpai oleh Lyudmilla Alexeeva, yang sering memberi makan untuk kucing-kucing liar di kawasan rumahnya.

"Saya menjumpainya di sebuah semak dan terkejut kerana terdapat sebuah pisau terbenam di kepalanya," kata Alexeeva lapor stesen TV Rusia.

Menurut Metro UK, Alexeeva kemudian segera membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar berdekatan dan doktor kemudian berjaya mengeluarkan pisau tersebut.

Menurut doktor, pisau tersebut terbenam lebih dua inci ke dalam kepala kucing malang tersebut.

Buat masa ini, Zelonny diletakkan di bawah jagaan pusat jagaan binatang liar tempatan sehingga lukanya sembuh.

Tuesday, 27 January 2015

Video Ngeri : 2 Lelaki Warga Asing Cuba POTONG Penduduk Tempatan Dengan PISAU PEMOTONG DAGING

Video dua warga asing dipercayai pekerja buruh cuba menyerang penduduk tempatan viral di laman Facebook.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti. Namun, kelihatan salah seorang dari warga asing terbabit mengambil sebilah pisau pemotong daging untuk mengertak mangsanya.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki itu sekali lagi cuba menetak mangsanya.

"Jangan main-main oh! Nanti saya potong!" kata lelaki berkenaan.

Mangsanya yang dipercayai berbangsa cina itu bagaimanapun tidak memuat naik rakaman penuh kejadian dan menjadi sukar untuk netizen mengetahui punca sebenar kejadian.
Video Ngeri : 2 Lelaki Warga Asing Cuba POTONG Penduduk Tempatan Dengan PISAU PEMOTONG DAGING
PERINGATAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri