Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Al-Kisah Disebalik Penemuan Mumia Firaun Yang Masih Sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai yang tidak tahu yang jasad Firaun sehingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang saintis yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat memeranjatkan sehinggakan saintis tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.



Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.



Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri.

Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.





Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Wallahu'alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)

Tahukah Anda Bahawa Bulan Pernah Terbelah Dua Pada Masa Dahulu

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan .

Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Allah berfirman:

“Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)” Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah.Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin ’mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw ..(Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, ”Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, ”Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, ”Cuba belah bulan …” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w. agar mengarahkan telunjuknya ke bulan.

Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, ”Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja ”menyihir” orang yang ada di sampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun bertanya, ”Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab,”Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali … ”

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: ”Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata,” Ini adalah sihir yang terus-menerus ”, dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap … (sampai akhir surah Al-Qamar).

Sila baca al-quran untuk selengkapnya..

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above.

Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research.

The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.

Sumber lain

http://www.hoax-slayer.com/moon-split-miracle.shtml

http://en.wikipedia.org/wiki/Rille

http://www.thunderbolts.info/tpod/2006/arch06/060315rille.htm

Tambahan:

Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah ini boleh kita dapati pula dalam haiku (dongeng Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua dan tarikhnya sama dengan kewujudan …

Namun cerita mengenai ini tidak akan kita dapatkan dalam legenda-legenda di Amerika atau Eropah.Kemungkinan terbesar tidak adanya cerita ini adalah pada saat peristiwa tersebut, di belahan bumi tersebut orang-orang memang tidak dapat melihat bulan. Mengapa? Karena saat itu … siang hari:).

Wallahu'alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)

Saturday, 21 March 2015

Susu ibu dilihat melalui Mikroskop, penemuannya amat menakjubkan! (3 Gambar)!!

Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan yang bekerja di sebuah Pejabat Kesihatan di Kedah telah memuatnaik gambar-gambar penemuannya yang amat mengagumkan bagi susu ibu.

Menurut Puan Jiha, dia menggunakan Mikroskop di Makmalnya untuk melihat secara dekat susu ibu dan akhirnya dia mendapati sel-sel ibu itu seperti titisan emas.

10x Zoom menggunakan Mikroskop 


Tidak dinafikan susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi yang baru lahir. Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Maka, memang benarlah perumpamaan selama ini bahawa susu ibu adalah titisan emas!



SUBHANALLAH!!! Mustahil dan tak logik? Wanita bersalin selepas tiga hari disahkan mengandung

“Mustahil…tak mungkin dan menipu.” Itu antara tomahan diterima Zaidatun Akmam Azmi, 26, sebaik memberitahu ahli keluarganya mengenai kandungan yang berusia 39 minggu. Berita mengenai kandungan itu bukan tidak diterima oleh keluarganya, tetapi mereka terkejut kerana sebelum ini Zaidatun Akmam bukan saja tidak bercerita pasal kandungannya, malah langsung tidak pernah menunjukkan perubahan atau tanda-tanda yang dirinya mengandung.

Lebih sukar diterima akal yang waras, apabila Zaidatun Akmam memberitahu, beliau sendiri tidak sedar selama ini dirinya mengandung dan hanya mengetahuinya apabila kandungan mencecah sembilan bulan. Padahal, ia bukanlah pengalaman kali pertama beliau menimang cahaya mata. Lebih mengejutkan, selang tiga hari daripada disahkan mengandung oleh pihak hospital, wanita itu terus bersalin.

Zaidatun Akmam atau lebih mesra dengan panggilan Zai berkata, beliau tidak sedar perubahan fizikal dirinya kerana sememangnya berbadan besar dan tinggi serta mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Wallahu'alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)

Wednesday, 18 March 2015

Bertuahnya badannn.. Suami hadiahkan Range Rovers pada isteri sempena birthday?

Beberapa hari yang lepas telah berlangsungnya sambutan ulang tahun kelahiran Datin Nur Shahida, isteri kepada Dato ‘Terlajak Laris’ Aliff Syukri..

Majlis ini berlangsung dengan meriah, turut hadir di majlis ini ada beberapa selebriti tempatan iaitu Rozita Che Wan, Raja Azura dan Fasha Sandha..

Pastinya di hari yang istimewa ini sebagai suami Dato Aliff akan membuat sedikit kejutan.. Bukan Bini Dato Alif je terkejut, Miss A pasti semua hadirin di sana turut terkejut dengan 'hadiah' yang diberi Dato Aliff pada isterinya..

Nak tahu kejutan apa? Sampai isteri Dato Aliff kena tutup mata juga la.. Sweet kan pasangan ni.. Dato Aliff hadiahkan kereta Range Rover Evaque! Wow.. siapalah yang tak happy bila terima hadiah ni kan..

Berdasarkan kejayaan Dato Aliff dalam bidang perniagaan, Miss A tak terkejut dengan hadiah yang dia berikan pada bini dia.. Itu sudah terbukti dia merupakan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia..

Selamat menyambut ulang tahun yang ke-30 tahun Miss A ucapkan kepada Datin Nur Shahida.., semoga berbahagia bersama suami tercinta..

Salleh Yaakob kongsi tips untuk lelaki yang mahu kawin lebih..

Haa.. kebanyakkan lelaki ni kalau dengar je kahwin lain mesti suka, tapi ramai masih tak tahu kahwin banyak ni tanggungjawab pada keluarga semakin berat..

Perkara ini diakui sendiri oleh Salih Yaacob bahawa berpoligami bukan perkara yang mudah.. Bukan hanya beristeri dua, Salleh Yaacob kini sudah beristeri empat tau!

Walaupun dah berkahwin empat, Salleh Yaacob sempat berpesan kepada kaum lelaki kat luar sana yang berhajat nak berkahwin lagi..

Dia jelaskan poligami ni memerlukan kesungguhan dan keikhlasan dalam setiap tindakan yang diambil.. Nasihatnya, lelaki perlu tahu keupayaan yang ada supaya dapat memikul amanah dengan baik..

“Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita. “Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik. Bukan senang atau untuk suka-suka. Kalau niat salah, baik lupakan saja,” katanya..

Kalau nak berkahwin dengan hanya niat suka-suka tu tak payah la.. Besar tanggungjawab berpoligami ni.. Apapun, Salih Yaacob bakal menimang cahaya mata ke 12 tau! Fuhh dah boleh buat team bola dah ni..hehehe

Sunday, 15 March 2015

ALLAHURABBI!! Jenazah Anak Derhaka Di Tolak Ibu Serta Keluarganya

Pemuda yang zalim kepada ibu dan membunuh ayah kandungnya, Syahrul Alam (25), akhirnya meninggal dunia,Namun, mayatnya terpaksa dikebumikan oleh pihak RS Polri Bhayangkara, Bandar Makassar, Sulawesi Selatan.

Ini kerana, pihak keluarga menolak memandikan, mengafani, menyalatkan, dan menguburkan jenazah yang meninggal di Klinik Mapolres Gowa, di Sungguminasa,bu kandungnya, Aminah Daeng Nganne (45), yang masih bersedih di BTN Gowa Mas Indah, Kelurahan Bonto-bontoa, Kecamatan Sombaopu, Gowa, semalam, tak lagi mengakui Syahrul sebagai anak kandungnya.Si ibu menyerahkan sepenuhnya mayat dan proses pengebumian kepada pihak berkuasa.

"Ibunya buat surat pernyataan di atas kertas bermaterai, menyerahkan mayat anaknya ke pihak berkuasa," kata Kapolres Gowa AKP Lafri Ng. tak satu pun dari pihak keluarga, baik dari ibu dan ayah, yang mahu mengakui mayat pemuda yang badannya penuh tatu itu.

Ketua Sub Bagian Humas Polres Gowa, Aipda Isyamsah juga mengesahkan jenazah Syahrul sudah dikebumikan di Makassar.

"Diurus terus oleh pihak RS Bhayangkara," katanya.Syahrul, membunuh ayah kandungnya Nasrun Dg Ngerang (65) Khamis (5/3/2015) malam lalu. Ia menghembuskan nafas terakhirnya di Poliklinik Kepolisian Resort (Polres) Gowa, Sabtu

Setelah meninggal, jazad Syahrul dibawa kepada RS Bayangkara untuk dbedah siasat.Hasil pemeriksaan doktor forensik RS Bhayangkara dr Mauluddin Mansyur, membuat kesimpulan Syahrul meninggal kerana penyakit yang dialaminya.

Ada bengkak di tengah-tengah. Jantung Syahrul mengalami bengkak, paru-parunya juga meradang.Sementara hasil ujian air kencing, Syahrul positif menggunakan ubat penenang jenis psikotropik.

"Dia meninggal tulen kerana penyakit yang dialaminya. Di badan mangsa tidak dijumpai tanda-tanda keganasan. Kami hanya mencari luka lama," kata Mauluddin.Selama ditahan sejak Jumaat Syahrul hanya diam, tak mahu makan, dan minum.

Dipercayai dia mengalami dehidrasi akibat tidak makan dan minum sejak ditahan selepas membunuh ayahnya.Selepas mengurung dan menyeksa ayahnya, Nasrun Daeng Ngerang (65), hingga meninggal dalam gudang belakang rumah di BTN Gowa Mas Indah, Kelurahan Bonto-bontoa, Kecamatan Sombaopu, Gowa, Kamis (5/3/2015), Syahrul digelandang kepada Mapolres Gowa.Syahrul membunuh ayahnya selepas menampar ibunya.

SEMOGA JADI IKHTIBAR KEPADA KITA SEMUA

Wallahu'alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)

Friday, 13 March 2015

Subhanallah!!! Ayat Suci Al-Quran Tertulis Pada Paha Bayi

Subhanallah itulah yang mampu admin ungkapkan apabila melihat gambar menunjukkan kekuasaan Maha Esa.Setiap yang berlaku adalah di atas kehendaknya menurut sumber seorang bayi keturunan Rusia mempunyai keunikan tersendiri apabila kalimah atau ayat-ayat suci Al-Quran muncul di pahanya.

Rusia – Bayi Ajaib. Begitulah Ali Yakubov kini dijuluki lantaran di kulitnya terdapat ayat Alquran yang muncul setiap Senin dan Kamis malam.Bagaimanakah proses yang Ali alami sebelum kulitnya ‘berubah’ dan muncul ayat suci?

Ibu Ali, Madina Yakubov menceritakan, buah hatinya selalu demam ketika ayat-ayat Quran berwarna kemerahan itu muncul ke permukaan kulit Ali. “Temperaturnya mencapai hingga 40 derajat celcius dan dia tidak tidur semalaman,” cerita Madina seperti dilansir ABCNews, Jumat (23/10/2009).

Jika sudah begitu, Madina pun mengaku tidak bisa menggendong Ali. Pasalnya bila diangkat dan bagian tubuh yang muncul tulisan itu tersentuh, Ali kesakitan. “Dia menangis, terutama jika diangkat bagian tubuh tempat tulisan itu muncul,” tutur istri Shamil Yakubov.

Sampai kini, pihak medis belum dapat menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi pada bayi bermata biru itu. “Dari sudut pandang medis, saya tidak dapat menjelaskannya dalam cara apapun,” aku perawat lokal, Saida Rasulova.

Rasulova hanya menceritakan, ketika lahir, Ali sempat mengalami gangguan pada otak (cerebral palsy) dan gangguan jantung (ischaemic heart), akan tetapi saat ini Ali sudah sepenuhnya sehat.

Jika dilihat pada fotonya, ayat-ayat Quran yang terdapat pada kulit Ali terlihat seperti tanda lahir kemerahan dengan ukuran beberapa inchi. Hal tersebut dibenarkan kedua orang tua Aliyang pada awalnya juga mengira buah hatinya memiliki tanda lahir atau iritasi kulit. Akan tetapi tulisan ayat tersebut kembali muncul pada bagian tubuhyang berbeda dan hari berbeda. (sumber Detiknews)

Secara Pribadi saya terkagum dengan kebesaran Alloh SWT, tentang keberadaan bayi ajaib ini yang tubuhnya bertuliskan al-quran dan bukan hanya sekedar tatoo.

Wednesday, 11 March 2015

GADIS 17 TAHUN NEKAD KAHWINI TEMAN LELAKI 15 TAHUN, LIHAT RESPON LELAKI INI AMAT MENGEJUTKAN KAMI

Usia muda tidak menghalang pelajar tingkatan lima, Amiera Nurezati, 17, untuk mengambil keputusan mengahwini teman lelaki nya yang berusia 2 tahun le­bih muda daripadanya.

Dengan sokongan keluarga kedua-dua belah pihak, Amiera disatukan dengan Muhd Muaz,15. Menurut Muhd Muaz melalui status facebooknya, ke­luarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan mereka selepas mengetahui hubungan serius antara mereka berdua.

Muaz turut menafikan yang dia nekad berkahwin kerana terpaksa. Menurutnya lagi, dia mungkin tidak akan menghabiskan persekolahan kerana ingin mencari nafkah buat isterinya . Apa-apa pun doakan sahaja kebahagiaan mereka .




Tuesday, 10 March 2015

Bila Perkahwinan MUSLIM JEPUN Lebih "AFDAL" Dari Melayu!

Sekali lagi Melayu malu pada Jepun. Sebuah perkahwinan pada 2 Januari 2015, di antara seorang lelaki Jepun yang baru menjadi Muslim dan seorang wanita Jepun Muslim di Masjid Niihama-Jepun. Perkahwinan Islam mestilah senang, selesa dan memudahcara seperti perkahwinan ini. Berdoalah untuk pasangan baru ini, semoga Allah memberkati mereka.

BarakAllahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a baina kuma bilkhair.

「アッラーが(あなたの結婚において)あなたに祝福を与え、降り注いでくれますように。そしてあなた方二人をよきものにおいて、縁結びして下さいますように。」

Semoga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu, dan semoga Dia menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

بارك الله لك ، وبارك عليك ، وجمع بينكما في خير

バーラカッラーフ ラカ、ワ バーラカ アライク。ワ ジャマア バイナクマー フィー ハイル。

Status dan gambar di atas diambil dari fanpage Islam in Japan 日本でのイスラム memperlihatkan betapa perkahwinan Islam itu mudah, ringkas dan simple, malah pakaian pun sempoi je.

Orang-orang Muslim di Jepun, di sebuah negara yang mengamalkan kepercayaan animisme, yang tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mempunyai budaya yang sangat pelik2, lebih faham keindahan Islam itu sendiri berbanding orang yang lahir2 sudah Islam, di negara yang Islamnya agama rasmi namun lebih mengutamakan budaya kaum sendiri, budaya kaum sendiri yang dicedok dari kaum lain serta budaya barat berbanding agama Islam itu sendiri.

Ya, orang Muslim di Jepun ini sendiri lebih faham yang perkahwinan Islam itu mestilah senang, selesa dan memudahcara, tapi entah kenapa kebanyakan orang melayu Muslim di Malaysia ini tak faham perkara asas tu, malah ditambah pula dengan pelbagai unsur2 yang dicedok dari kaum Cina, agama Hindu dan budaya barat. Tak rasa malang ke kita sebagai seorang Muslim yang lahir2 dah jadi orang Muslim di sebuah negara Islam?

Tambah pula bila budaya2 barat seperti lelaki melamar kekasih dengan ungkapan “Will you marry me?” dibuat secara besar2an untuk tatapan orang awam sambil menghulur cincin ini telah disetkan dalam minda anak2 melayu sebagai suatu perbuatan yang romantik dan sweet kepala taik.

Di salin tampal dari FB Muhammad Rusydi:
Anak: “Mak, semalam tengok satu show LIVE di tv ni, ada artis lelaki melamar artis wanita. Heboh satu Malaysia. Dialong diorang:

H: Will u marry me?
Z: Insya-Allah, thank u.
H: Sorry?
Z: Yes.

Sweetnya. Sweetnya. Nak gini gak!’

Mak: “Melamar dalam rancangan maksiat. Di pentas maksiat. Dengan pakaian maksiat. Bersaksikan penonton yang redha dengan persembahan maksiat.

Perfect couple of maksiat.

Padahal baru je sambut Maulidurrasul. Masih lagi dalam situasi duka bencana banjir.
Biarlah mak bapak diorang izin anak-anak mereka buat macam tu, tapi mak tak redha dunia akhirat andai anak mak yang buat macam tu.

Kita ni orang Islam. Jangan sebab nak sweet kita belakangkan Allah.”

Di copy pasta lagi dari FB:
Bercinta sakan masuk Galaksi TV9, berpeluk2an masuk Instagram, melamar masuk Gegar Vaganza, bertunang masuk Hlive, nikah kahwin masuk Raikan Cinta, majlis kenduri masuk Nona, honeymoon nak beromen masuk Romantika tajaan AirAsia, pregnant buat anak masuk Pureen Chak Chak, tayang anak sapa lagi comel dan pandai jaga anak masuk Baby Kiko, bergaduh laki bini masuk Meletop, bercerai masuk Melodi, kene tangkap khalwat duda/janda masuk Harian Metro, dah tua miskin mintak derma masuk Bersamamu, dah insaf masuk Hijrah Selebriti, nak mampos masuk Tanah Kubur! Tak lama lagi berjimak malam pertama pun boleh live telecast kt TV!

Realitinya, perkahwinan orang Melayu ni memang sangat kompleks, namun yang sebenarnya kahwin itu mudah kalau kita mudahkan.

Monday, 9 March 2015

Subhanallah!! VIDEO Kubah Masjid NABAWI Bertukar Warna Sedikit

Tidak tahu sejauh mana kesahihan video ini, kerana jika diperhatikan kubah Masjid Nabawi, Madinah yang bewarna hijau telah bertukar sedikit menjadi kepada warna Merah! Warna kubah tidaklah sepenuhnya berubah Merah tetapi sedikit perubahan yang dilihat dengan mata kasar ini cukup untuk menimbulkan kekaguman dan riuh di kalangan jemaah yang ada di situ.

Jelas kelihatan jemaah menunjuk-nunjuk kearah kubah terbabit dan tidak kurang juga ada yang mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keganjilan ini. Seperti dinyatakan tidak tahu sejauh mana benarnya kekecohan yang terakam ini. Dari pemahaman perisik, kejadian ini dipercayai baru berlaku semalam pada 7hb Mac 2015. Waktu berlaku tidak diketahui dengan tepat.

Perisik juga cuba mendapatkan pengesahan dari rakan media dan rakan yang berada di Tanah Suci. Mungkin ada di kalangan pembaca yang boleh mengesahkannya lagi bagus. Kalau ikut pada sejarah warna awal kubah masjid Nabawi adalah bewarna Biru/Ungu sebelum ditukar kepada warna Hijau.

Berikut adalah rakaman video yang bertajuk "Masjid An Nabawi Prophet's dome turning Red 3/7/15". Ini bukan kali pertama fenomena alam atau tanda luar biasa berkaitan Islam berlaku serta dipaparkan di Internet. Jadi janganlah ada yang terlalu taksub! Sebaiknya kembali berpeganglah kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana itu yang disuruh Rasulullah s.a.w. Bukan berpegang pada Kubah Masjid!

Thursday, 5 March 2015

PASANG AUDIO MP3 BACAAN AL QURAN DI KUBUR

Manusia sekarang semua nak auto. Siap offer design kubur ala2 heri potter bagai.. kau dah kenapa pakcik Ooi.. erkk.. pakcik ke abang aku pun tak sure.

Aku pun tak sure samada ni sarcasm.. Apapun kalau betul dia menyediakan perkhidmatan gila macam ni hope Allah bagi hidayah untuk dia. Ini bukan penyelesaian tapi bermulanya satu masalah. Tapi aku tak rasa dia buat service macam ni.. just sarcasm je ni.

Nak cakap pasal hukum hakam ni aku tak pandai tapi sebagai seorang yang beragama Islam aku memang nampak perkara ni merosakkan akidah orang jer. Amalan baru yang takde dalam Islam.. Duit tak boleh membantu orang yang dah mati di dalam kubur sana, ok! Kalau semudah tu nak tolong orang yang dah mati mendapat ganjaran pahala maka orang kaya la paling banyak dapat manafaat sebab setakat kubur lengkap dengan audio mp3 bacaan Al Quran depa lebih berkemampuan untuk buat.

Sudah sudah la buat kerja gila di zaman yang sememangnya manusia banyak dah tak normal ni. Merapu jer idea2 hangpa ni tau! Ni bukan kreatif tapi merosakkan orang. Dan tak payah mencetuskan kontroversi dengan sindiran macam ni kalau niat dia sekadar nak menyindir... atau senang  tak payah buat benda mengundang fitnah la walau apapun niat kita.

p/s : apapun benda ni belum berlaku di Malaysia.. Aku rasa pakcik ni buat post macam just sarcasm jer kot..

Saturday, 28 February 2015

GAMBAR : Subhanallah...Menakjubkan! Keindahan Tasik Ini Terbentuk Oleh Kejatuhan Meteor.

Kanada menyimpan fenomena alam luar biasa, iaitu Pingualuit Crater Lake (Tasik Kawah Pingualuit) yang  berada di Wilayah Quebec. Berbeza dengan tasik pada umumnya, Pingualuit mempunyai keunikan dan daya tarik tersendiri. Keunikan apakah itu?

Bentuknya hampir sempurna bulat dan tepiannya dikelilingi dinding kawah yang sedikit lebih tinggi. Sehingga kelihatan seperti tasik kawah di gunung berapi atau  nampak seperti kawah di bulan. Tapi ternyata tidak demikian setelah dilakukan ekspedisi dan penyelidikan.

Pingualuit terbentuk daripada sebuah meteorit kuno yang menghentam bumi. Menurut kajian jatuhnya meteor dari angkasa yang akhirnya membentuk tasik kawah itu dianggarkan kurang lebih 1.4 juta tahun yang lalu.

Kedalaman tasik unik ini kira-kira 400 meter, berdiameter 3.44 km, dan bibir tepian kawahnya menjulang setinggi 160 meter. Menariknya lagi iaitu airnya, dipenuhi air bersih berwarna biru dan sangat bening. Pingualuit termasuk salah satu tasik paling jernih atau bening di muka bumi. Visibilitasnya mencapai 35 meter, ertinya hingga kedalaman 35 meter dari permukaan benda yang ada di dalam tasik boleh kelihatan.

Sumber air yang mengisi tasik ini belum diketahui secara jelas. Dianggarkan air yang memuaskan hanya berasal dari air hujan dan salji di mana sewaktu-waktu akan hilang melalui pengewapan.






Thursday, 26 February 2015

VIDEO VIRAL : PASANGAN KEKASIH DITELAN BUMI??

Viral kini di laman Youtube, satu rakaman CCTV yang memaparkan sepasang warga Korea Selatan kelihatan melalui detik cemas apabila terjerumus secara tiba-tiba ke dalam laluan pejalan kaki.

Menerusi video kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya turun dari sebuah bas kemudiannya ketika berjalan pada bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh dan menyebabkan pasangan tersebut jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat dihubungi dan segera ke tempatkejadian untuk membantu keluarkan mangsa. Mujurlah pasangan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang itu terbentu di bawah jubin dan mungkin berpunca dari pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Setelah itu laluan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Tuesday, 24 February 2015

Subhanallah!!Pasir Bergerak Menelan Hutan Menjadi Gurun

Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk "menelan" rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah.


Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.

Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.



Monday, 23 February 2015

GAMBAR : Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini

Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:

Sebuah patung dalam koleksi muzium tersebut tersembunyuinya satu jasad seorang rahib yang telah meninggal dunia sekitar tahun 1100 Masihi.

Patung tersebut telah dibawa ke Pusat Perubatan Meander, di mana ianya di imbas menggunakan imbasan CT dan endoskopi, dan dikenal pasti oleh penyelidik mengandungi mayat mumia Buddha Liuquan daripada  Sekolah Meditasi Cina. Patung budha tersebut kini dibawa ke Hungary, dan akan dipamerkan di Hungarian Natural History Museum sehingga Mei 2015.






Friday, 20 February 2015

SYILING EMAS KHALIFAH ISLAM DITEMUI DI DASAR LAUT

TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya menemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya.

BAGAIMANA TERJADINYA FENOMENA 4 MATAHARI DI CHINA

Sebenarnya fenomena 4 matahari di China ini telah lama berlaku tetapi ceritanya kembali hangat sejak kebelakangan ini... jom baca kisahnya yang dipetik di sebuah blog dari negara jiran.

Munculnya fenomena alam 4 Matahari di China bikin heboh dunia maya. Terlebih adanya video youtube yang menguatkan Kejadian Aneh 2010 ini. Sempat beredar isu kalau hal ini merupakan pertanda akan datangnya hari kiamat. Sebelumnya juga pernah berhembus berita heboh tentang penemuan embrio Matahari Baru.

4 Matahari di China

Fenomena 4 Matahari ini direkam oleh warga di Kota Laiyang, Provinsi Shandong, China. Fenomena tersebut terjadi sekitar belasan menit, dari pukul 16.00 hingga 16.50 waktu setempat pada 27 Maret 2009. Munculnya empat matahari secara bersamaan kini sedang ramai dibahas di beberapa forum internet dan jejaring sosial.
BAGAIMANA TERJADINYA FENOMENA 4 MATAHARI DI CHINA
BAGAIMANA TERJADINYA FENOMENA 4 MATAHARI DI CHINA

Menurut ahli LAPAN, Thomas Djamaludin menegaskan hal itu fenomena alam biasa dan sering terjadi.

“Fenomena itu dinamakan sun dog atau anjing penjaga matahari. Cahaya tersebut biasa muncul di kanan kiri halo sehingga sering dianggap matahari meskipun memiliki ukuran lebih kecil,” Fenomena sun dog juga pernah terjadi di Thailand dan Kazakhtan, pada Februari 2007.

Namun secara imlu pasti hal tersebut bisa di definisikan sebagai peristiwa parhelion atau yang lebih dikenal sebagai Sundog. Sundog adalah fenomena atmosferik yang menghasilkan titik terang cahaya di langit. Fenomena ini terjadi karena adanya pembiasan cahaya. Sundogs dibentuk oleh pelat-kristal es berbentuk heksagonal di awan cirrus tinggi yang dingin dan melayang dimana udara pada tingkat yang rendah saat itu.

Kristal ini bertindak sebagai prisma, membelokkan sinar cahaya melewati mereka dengan sekitar sudut 22 derajat. Apabila kristal-kristal berorientasi secara acak, sebuah cincin lengkap mengelilingi matahari akan terlihat fenomena halo. Namun seringkali kristal-kristal tenggelam di dalam udara menjadi vertikal selaras sehingga sinar matahari dibiaskan horizontal.

Lihat video 4 Matahari di China berikut untuk memperjelas tentang gejala fenomena alam Sun Dog :

Saturday, 14 February 2015

SEBAB KENAPA WANITA MENGANDUNG BEREBUT REBUT MAHU BERANAK DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan hanya kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya (HPj) selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap istimewa dan gah.

Lapor Harian Metro, HPj juga didatangi oleh mereka yang dari dalam dan luar Lembah Klang dengan melakukan pelbagai taktik dan usaha untuk mencari peluang melahirkan anak di wilayah ini.

Antaranya, mereka sering memaklumkan datang bersiar-siar di Putrajaya pada saat-saat akhir kehamilan dan hadir ke HPj kerana merasakan sudah tiba masa untuk bersalin.


Ekoran dari itu, HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.

Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora'i Mohd Said berkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.

Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.

Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada penduduk Putrajaya yang seringkali merungut akan tiada kekosongan di Putrajaya menyebabkan mereka terpaksa bersalin di hospital yang lain. (Tidak dilaporkan dalam berita).

Naik Lagi, Hurmm Hadap Je La

Kadar Baru Tarif Premium Insurans Kereta 2015. Kadar insurans motor telah dinaikkan pada bulan Februari setiap tahun sejak tahun 2012, dan semakan terkini kepada kadar ditetapkan akan berkuat kuasa pada 23 Februari 2015.

Berikut adalah tarif baru bagi premium insurans kereta yang akan berkuat kuasa bermula 23 Februari 2015.
Kadar Tarif Premium Insurans Kereta 2014

Kadar Baru Tarif Premium Insurans Kereta 2015 Semenanjung
Kadar Baru Tarif Premium Insurans Kereta 2015 Sabah & Sarawak