Saturday 28 March 2015

DOA MINTAK ANAK CERDIK & BIJAK

Salam uollls.. entry kali nie saya nak share dengan kawan-kawan tersayang, doa anak cerdik yang Luar Biasa (Allah kurnia kecerdikan dan ilmu yang tinggi yang luar biasa). Baru-baru nie saya balik kg di Alor Setar, dah lama tak jenguk ibu terchenta, rasa rindu membuak-buak, lama tidak menatap wajah ibu. Bila dapat jumpa ibu itu satu nikmat. Hadir ketenangan bila menatap wajah ibu.

Okeh, macam biasa la bila dah jumpa ibu tersayang macam2 topik la bercerita, apa yang saya kagum tentang mak "Sadiah Ismail", beliau rajin menghadiri majlis ilmu dan tidak lokek berkongsi ilmu kepada anak-anak mahupun sesiapa sahaja.  Mak : "Nie mak nak bagi doa untuk anak cerdik yang luar biasa", masa mak p kelas ceramah ustaz Sharhan Saya : Yaka, nak..nak (dengan aksi teruja, terus ambil pen dan buku standby nak tulis)

Doa anak cerdik

Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL

Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL


Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran."

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat.

*Letakkan tangan diubun-ubun anak dan baca*

No comments:

Post a Comment