Saturday, 28 March 2015

Cara Jarakkan Kehamilan Secara Semula Jadi!!

Selepas melahirkan anak pertama, memang saya tekad untuk merancang & menjarakkan anak kedua hingga seterusnya. Saya tidak pernah mengambil pil perancang atau apa-apa jenis ubat perancang, suntikan, IUD atau sewaktu dengannya.

Semua perancangan & jarakkan anak adalah secara semulajadi dengan mengenal pasti waktu subur. Kitar haid saya tidaklah tetap setiap bulan. Kadang-kala 3 bulan sekali, barulah datang haid. Itu pun tidak menentu tarikhnya.

Jom berkongsi sedikit pengetahuan dari pengalaman saya:-


  1. Kira dari hari pertama keluarnya darah haid sehingga hari ke-11 (walaupun haid dah habis, mesti kena kira). Mesti tanda/tulis hari pertama haid, senang nak kira.
  2. Waktu subur adalah pada hari ke-11 hingga hari ke-17. Sebolehnya masa subur ni, elakkan hubungan intim bersama suami (bagi yang tak nak mengandung lagi) atau lebih berhati-hati semasa melakukan hubungan intim.
  3. Periksa lendir yang keluar dari faraj. Jika waktu subur, lendiran agak likat seperti putih telur (kadang-kala menjadi basah kerana banyak).
  4. Terasa senak di bahagian bawah perut/ari-ari.
  5. Badan tidak selesa & pening kepala.
  6. Payudara agak sakit & tegang.


Alhamdulillah, percubaan saya untuk jarakkan anak agak berhasil. Anak sulung (10 tahun), anak kedua (7 tahun) & anak ketiga (3 tahun). Kenalah merancang anak terutama bagi yang belum stabil ekonomi rumahtangganya kan..

Apapun, bagi isteri-isteri yang masih was-was dengan cara saya ni, digalakkan makan pil perancang atau cara lain untuk elak mengandung lagi. Silap kira nanti, termengandung la pula kan..

No comments:

Post a Comment