Friday, 27 March 2015

SUBHANALLAH! - LELAKI BISU INI DISEMBUHKAN DENGAN AYAT AL-QURAN [VIDEO]

Kelebihan ayat Al-Quran dalam menghindar dan merawat pelbagai jenis penyakit sememangnya tidak boleh dipertikaian. Kini satu video yang menjadi Viral tersebar di laman sosial dimana video yang merakamkan seorang lelaki yang bisu disembuhkan hanya dengan Ayat Al-Quran.

Video yang bakal korang tonton ini merupakan salah satu kaedah rawatan penyakit menggunakan ayat suci Al-Quran oleh seorang yang kami yakin cukup berpengetahuan dalam mengubati pesakit.

Tidak diketahui tarikh atau tempat yang rawatan ini dilakukan, namun anda boleh jadikan ia sebagai iktibar jika ada yang gemar mempersoalkan kebesaran-Nya.

Dalam video ini, seorang lelaki yang mengalami penyakit bisu tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadah selepas dibacakan ayat Al-Quran. Samada dia bisu akibat kemalangan atau dari lahir, itu bukan persoalannya.

Memang mengharukan apabila orang yang berada di sekelilingnya turut menangis kesyukuran melihat keajaiban itu. Allahuakbar. Kitab suci ini merupakan mukjizat terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan seterusnya disampaikan kepada seluruh umat manusia

No comments:

Post a Comment