Monday, 2 March 2015

GAMBAR : Senibina Rumah Papan Moden

Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.

Kebanyakan jurubina tempatan, dalam menimba dan mengejar senibina ala Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi, sedangkan ilmu senibina lama masih mampu dikaji untuk memberi penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gayakini.

Malangnya, bangunan sehebat manapun dari bahan organik seperti kayu tidak tahan jika tidak disenggara rapi. Maka warisan rumah papan ini akan pupus tanpa adanya pembinaan rumah asli baru, lebih lagi jika ilmu senibinanya juga hilang dari kalangan orang Melayu.











No comments:

Post a Comment