Monday, 23 March 2015

Al QURAN MENGAJAR SUAMI MELAYAN ISTERI YANG SEDANG SAKIT BERSALIN

Al QURAN MENGAJAR SUAMI MELAYAN ISTERI YANG SEDANG SAKIT BERSALIN

Surah Mariam:
Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. (22)

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23)

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. (24)

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25)

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”. (26)

Pengajarannya:

1. Isteri yang hendak bersalin kebanyakkannya mengalami stres terutama sekali jika dia bersendirian atau tiada sesiapa terutama sekali suami disisinya. Apa saja ungkapan yang diluahkan itu, anggaplah cara ia meringankan tekanannya. Jangan ambil kira. Sebagaimana Mariam meluahkan ungkapan, "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!". Allah amat memahami fikiran HambaNya ini ketika itu. Maka begitu jugalah suami. Dengar ajelah rintihannya dengan tenang.

2. Sentiasa berada disisi isteri dan rendahkan diri melayannya sebagaimana terdapat pada ayat 24 "Lalu diseru sebelah bawahnya". Hormati dia kerana dia pada ketika itu adalah insan yang sangat mulia disisi Tuhan. Dia sedang berjuang fisabilillah.

3. Terus berkomunikasi dengannya dengan pujuk rayu kasih sayang sebagaimana ayat 24: " Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam)".

4. Sediakan minuman dan makanan yang berkhasiat untuknya sebagaimana ayat 24 - 25 Allah menyediakan minuman daripada sungai yang banyak mineral dan buah tamar rutob yang berkhasiat: " Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "

5. Teruskan bersembang dan bertukar fikiran disisinya semasa dia sedang berjuang. Kalau boleh berada disisi katil semasa dia melahirkan anak anda itu sebagaimana ayat 26: "“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".

Selamat berjuang terutama sekali kepada Suami yang akan mendapat anak pertama.

No comments:

Post a Comment