Friday, 20 February 2015

Menantu VS Mertua

Satu masalah besar yang sering berlegar di fikiran orang yang baru berkawen , iaitu tempat tinggal selepas kawen. Tersentak jugak dengan kos beli rumah yang melampau gila mahal, sesetengan pasangan yang tak berkemampuan untuk duduk di rumah mak mentua?
Tetapi, bertahankah mereka?
Sampel menunjukkan bahawa terdapat pro dan kontra dalam kes ini, dan perlu ada jalan penyelesaiannya tersendiri. Antara temubual yang dibuat atas Nazreen Nasir, 33 berpendapat bahawa tinggal bersama mentua dapat mengurangkan separuh daripada kos sara hidup , termasuk tiada kos untuk mengasuh anak, sewa rumah, barang-barang kelengkapan dalam rumah yang sedia ada. Selain itu, menjaga orang tua juga penting dan tidak mengabaikan kesihatan mentua yang tidak sihat atas faktor usia. Orang tua juga perlukan teman berborak dan perlu kasih sayang dari anak-anak dan cucu yang mereka sayangi.

Berbeza pula dengan pendapat Ainaa Nadzirah Azizan, 24 yang beranggapan bahawa duduk dengan mak mertua sangatlah tak best, leceh dan tiada privasi. Kita semua tahu bahawa lepas berkawen tu adalah perkara yang manis dan perlukan privasi dalam hubungan terutama isu melibatkan hal dalam selimut. Tambahan lagi, ada sesetengah mentua yang cuba ‘overshadow’ institusi rumah tangga dengan banyak mempertikaikan segala bentuk perubahan dan keputusan yang dibuat oleh suami khususnya. Mcm kacau daun la citernya. Kalau dapat mentua yang macam citer Ibu Mertuaku zaman P.Ramlee tu, masak babe! haha


Menantu VS Mertua
gambar sekadar hiasan

Mentua perlukan sentuhan kasih sayang
Tak kira apa pon  yang berlaku selepas perkahwinan, duri dan ranjau, kita kena tetap utuh dengan hubungan , cari penyelesaian dengan tenang dan rendahkan ego. plssss jangan sampai tergadah rumah tangga. Kalau dah kritikal sangat, jumpa lah pakar kaunseling. :))

No comments:

Post a Comment