Wednesday, 11 February 2015

8 Jenis BUAH & SAYUR Yang Perlu Kita Makan Untuk Kesihatan

BAWANG PUTIH
Ia menguatkan sistem imun dan merangsang penembahan sel darah putih yang melawan jangkitan, merangsang aktiviti sel Pembunuh Semulajadi dan meningkatkan kecekapan pengeluaran antibodi.

Bawang putih juag bertindak sebagai antipengoksida yang mengurangkan pembinaan radikal bebas dalam aliran darah. Bawang putih juga menhapuskan bahan yang berpotensi karsinogen dan toksik lain.

Anda juga boleh mengurangkan risiko kanser perut (beberapa kajian menunjukkan 40%) apabila anda memakan banyak bawang putih. Ia juga adalah makanan mesra jantung memandangkan ia memastikan platelet tidak melekat dan menyebabkan pembuluh darah halus tersumbat.

8 Jenis BUAH & SAYUR Yang Perlu Kita Makan Untuk KesihatanKajian juga menunjukkan memakan seulas bawang putih sehari boleh mengurangkan paras kolestrol sekitar 9%. Jika anda tidak menyukai bawang putih, gantikannya dengan bawang merah dan daun bawang.

ANGGUR
Ia mengandungi komponen yang dikenali sebagai resveratrol yang menghalang pertumbuhan tumor.

Anggur juga mengandungi asid elagik yang menghalang pengeluaran enzim "buruk" penyebab kanser. Jika anda tidak suka anggur, anda boleh mengambil strawberi, epal dan rasberi kerana buah-buahan ini juga mengandungi resveratrol.

KACANG SOYA
Ia mengandungi sejumlah besar antikarsinogen, terutama isoflavones. Isoflavones (terutama genistein) melindungi anda daripada kanser dalam beberapa cara.

Dalam binatang, genestein didapati bertindak sebagai antiestrogen, yang mengurangkan risiko kanser berkaitan hormon seperti kanser payudara.

Kacang soya juga merupakan sumber protein yang paling baik. Anda juga boleh mencuba air kacang soya, miso dan pucuk alfafa.

LEMON & OREN
Saintis telah mengenal pasti sejenis bahan yang dipanggil limonen banyak terdapat dalam lemon, oren dan limau nipis.

Limonen meningkatkan paras enzim yang terjadi secara fitrah, yang mungkin memecahkan karsinogen dan merangsang sel imun pembunuh kanser.

Limonen tulen mengurangkan tumor pada tikus. Dalam kajian, tikus yang meminum jus oren 40% kurang mempamerkan tanda awal kanser berbanding yang tidak meminum jus.

Anda juga bole mencuba mengunyah daun sadri atau masaklah dengan buah pelaga. Kedua-duanya kaya dengan limonen.

TEH HIJAU
Daun teh hijau mengandungi polyphenols, antipengoksida yang mampu membantu mencegah kanser.

Penyelidikan di Institut Kanser Kebangsaan, Tokyo, menunjukkan catechin (komponen utama tanin teh hijau) berkesan merendahkan kejadian kanser. Teh hijau dan catechin juga menyekat pertumbuhan serta pergerakan kanser.

ARTICOK
Articok (tumbuhan yang mempunyai bunga seperti kubis) sarat dengan asid folik. Hasil kajian mendapati risiko kanser usus besar lebih tinggi di kalangan mereka yang kekurangan asid folik.

Jika anda tidak gemar memakan articok, sily-marin, mampu mengurangkan radiasi UVB, yang menyebabkan kanser kulit.

CILI API
Bahan pedas di dalam cili, capsaicin, boleh menghapuskan karsinogen berbahaya sebelum ia menimbulkan masalah.

Capsaicin mencegah nitrit dan amina daripada membentuk kumpulan berbahaya. (Lebih pedas cili itu, lebih banyak capsaicin di dalamnya).

BROKOLI & KUBIS
Kesemua sayuran krusifer, termasuk kubis daun, kubis Brussels dan bunga kubis, mengandungi bahan pencegah kanser.

Orang yang memakan banyak sayuran ini, khususnya brokoli dan kubis, boleh mengurangkan risiko kanser pundi.

Sayuran ini mengandungi sejumlah besar brassinin dan sulforaphane yang merangsang pengeluaran enzim yang mengurangkan karsinogen dan menyingkirkannya dari tubuh.

(Nota: Semua makanan disebut di atas akan lebih berkesan jika ditanam secara tanaman organik)

No comments:

Post a Comment