Ada ketikanya anda perlu memikat si dia supaya si dia suka pada anda. Kadangkala lelaki tidak perasaan akan kehadiran anda dalam hidup mereka. Walaupun anda rasa sayang pada dia, dia tidak perasan kehadiran perasan tersebut di dalam hidupnya. Jika anda berada dalam situasi ini, anda perlu pantas membuatkan lelaki tersebut jatuh cinta pada anda sebelum anda terlepas.
Untuk membantu anda, Cinta sertakan tujuh tip untuk anda guna bagi memikat si dia.
Ambil tahu mengenai lelaki tersebut.
Jika anda minat pada lelaki itu, anda perlu tahu mengenai dirinya. Apa hobi dia ? Apa makanan kegemaran dia ? dan sebagainya. Anda tidak perlu tahu secara keseluruhan, cukup sahaja maklumat asas. Lelaki selalunya suka akan perempuan yang mempunyai minat yang sama dengannya. Lelaki juga seperti perempuan, tidak memandang pada rupa paras tetapi pada hati.
Lelaki selalunya akan suka apa yang perempuan itu mampu lakukan sebelum dia akan jatuh cinta. Jadi, pikat mereka dengan mengetahui minat – minat si dia. Kebolehan anda untuk mengisi kekurangan si lelaki itu boleh memberi anda peluang lebih besar untuk bersama dengannya.
Berikan dia peluang untuk rapatkan diri dia dengan anda.
Berikan si lelaki itu peluang untuk merapatkan diri dia dengan anda. Jangan biarkan diri anda selalu hilang dari pandangan si dia. Kita tidak tahu perasaan lelaki tersebut terhadap anda. Dengan memberi peluang kepada dia untuk rapat dengan anda, untung – untung si dia akan memikat anda.
Hantar signal perasaan anda pada lelaki tersebut.
Berlagak seperti anda suka akan dia tetapi tidak mengatakannya secara terang – terangan. Ada kala anda tunjukkan pada si lelaki tersebut bahawa anda suka padanya. Ada kalanya anda tunjukkan pada dia bahawa anda tidak berminat padanya. Signal yang bercampur antara suka dan tidak akan menjadikan lelaki tersebut tidak keruan. Perasaan tidak keruan ini memudahkan anda untuk mendapatkannya kerana si dia sememangnya fokus pada anda.
Mencabar si dia untuk kenal anda.
Jadi seorang yang berbeza dengan perempuan yang dia kenal dan rapat. Jadikan diri anda istimewa di pandangan si dia. Jangan lepaskan dia dari genggaman anda. Sentiasa lakukan perkara yang boleh menarik perhatian si dia. Lelaki percaya akan cinta pandang pertama.
Tunjukkan pada si dia bahawa anda tidak berminat padanya.
Untuk gunakan teknik ini anda perlu berhati – hati kerana bukan semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Lelaki tidak suka di cabar. Jika anda tunjukkan bulat – bulat pada dia bahawa anda tidak minat akan dia, dia akan rasa tercabar. Ada lelaki akan berhenti mengejar jika anda tidak tunjukkan minat, ada juga lelaki yang mempunyai ego yang besar akan cuba berkali – kali memikat anda bagi membalas cabaran yang anda lancarkan.
Tidak mahu keluar dengannya jika di ajak.
Pada permulaan perkenalan, anda tolak ajakan si dia untuk keluar bersama. Jangan tolak bulat – bulat kerana ia mungkin akan melukakan hati si dia. Anda tolak dengan memberi alasan yang logik seperti ada kenduri, ada janji dengan orang dan sebagainya. Tolak baik – baik dengan memberi senyuman yang manis. Ini akan menjadikan si lelaki lebih bermotivasi untuk memikat dan jatuh cinta pada anda.Berdiam diri selepas memberi respon yang baik.
Jika anda suka akan lelaki ini dan ingin memenangi cinta si dia, anda perlu beri respon jika anda di pikat oleh si dia. Selepas itu, anda diamkan diri anda. Jika lelaki tersebut rasa seperti kehilangan diri anda, berikan dia signal bahawa anda sukakan dia. Perbuatan ini boleh menguatkan perasaan cinta lelaki itu pada anda.
Cinta : Jadi kepada wanita yang mempunyai masalah untuk mencari pasangan boleh mencuba tip-tip ini, berkesan atau tidak itu bukan menjadi persoalannya asalkan kita berusaha kerana dimana ada usaha di situ ada jalannya Inshaallah.... Segala penulisan oleh di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment