Sunday, 1 February 2015

5 Minuman Untuk Kurangkan Lemak Badan

Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk mengurangkan lemak badan adalah melalui cara pemakanan yang sihat dan juga dengan bersenam. Tetapi, ini bukan satu-satunya cara untuk mengurangkan lemak di badan.
Terdapat beberapa jenis minuman yang anda boleh minum setiap hari untuk mengurangkan lemak di badan anda. Minuman-minuman ini telah dibuktikan dapat mengurangkan berat badan jika anda sentiasa meminumnya.

Berikut adalah 5 jenis minuman tersebut!

Air kosong berais
Sebagai rakyat Malaysia, kami tercenderung untuk minum air berais kerana cuaca yang panas.

Tahukah anda, meminum air kosong yang berais akan meningkatkan proses metabolisme badan anda dan akan menyingkirkan kalori yang banyak? Minumlah sekurang-kurangnya 0.4 liter air kosong berais setiap hari untuk melihat perubahannya!





Air kelapa
Dari kedai di tepi jalan ke restoran-restoran besar,air kelapa boleh didapati di pelbagai tempat di Malaysia. Anda harus ataupun diwajibkan meminum air ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Air kelapa adalah satu minuman yang sangat menghidratkan. Minumlah air kelapa daripada air suam kerana ia meningkatkan kadar metobolisme dan memberi anda tenaga yang lebih. Oleh itu, pastikan minum air ini dengan lebih kerap!




Susu skim
Susu skim juga dapat memecahkan lemak-lemak di dalam badan anda. Menurut pakar perubatan, susu skim akan menolong dalam menghilangkan lebih daripada 70% lemak daripada mereka yang langsung tidak mengambil susu! Minum segelas sehari untuk khasiatnya!


Teh hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang menjadi kegemaran mereka yang hidup sihat. Ini kerana ia meningkatkan kadar metabolisme di badan dan juga akan membakar kalori yang lebih. Teh hijau membolehkan anda membakar 43% kalori daripada air minuman yang lain!





Watermelon smoothie
Untuk mendapat khasiat sepenuhnya, jangan memasukkan gula ke dalam watermelon smoothie anda! Minuman ini adalah antara cara terbaik untuk menghidratkan badan kerana ia mempunyai kandungan air yang banyak.

Tambahan pula, ia mempunyai arginine iaitu satu asid amino yang boleh mengurangkan lemak di badan.

No comments:

Post a Comment