Sunday, 8 February 2015

5 Kesalahan Bermekap

Pelbagai jenama alat solek di pasaran membuatkan ramai wanita semakin rambang mata untuk memilih. Ada yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan kesempurnaan. Namun harus diingatkan sebaik mana pun sesuatu produk itu, ia akan menjadi sia-sia sekiranya kamu salah mengaplikasikannya. Daripada terslah langkah, lebih baik kamu mengenali beberapa kesalahan yang kerap dilakukan apabila bersolek sekali gus mencari jalan penyelesaiannya.

1. Pensel Alis
Memiliki alis bagai bulansabit tentunya menjadi impian setiap gadis. Tebal dengan bentuk yang sempurna ditambah lagi dengan warna ideal membuatkan mata tampak lebih mempersona. Namun untuk mendapatkannya, kamu memerlukan bantuan pensel alis. Namun kesilapan yang sering dilakukan apabila menggunakan pensel alis ialah membentuk kening terlalu tebal dan gelap hingga hilang semula jadi dan wajah tampak seperti menyeramkan. Penyelesaiannya, sebelum menggunakan pensel alis, kamu perlu menandakan dengan memberi titik pada alis untuk memudahkan kamu melukisnya. Pilihan warna yang natural atau sama dengan warna rambut kamu. Sekiranya bulu mata kamu agak nipis kamu boleh menggunakan pembayang mata yang sesuai denag warna pensel alis. Kemudian rata dengan menggunakan berus.
5 Kesalahan Bermekap
2. Pemerah Pipi
Produk mekap yang satu ini mampu membuatkan wajah berseri-seri dan segar. Namun masalahnya ramai yang salah mengaplikasikan perona pipi ini dengan hanya menyapu pada satu pusat pipi semata-mata. Bukan itu sahaja, pemilih warna yang agak terang daripada warna kulit juga boleh mencacatkan solekan. Penyelesaiannya, sapukan pemerah pipi secara merata pada bahagian pipi yang menonjol. Bermula dari tulang pipi hingga ke atas. Dengan begitu, merah di pipi akan tampak lebih semula jadi. Rona merah jambu, coklat dan merah gelap merupakan pilihan warna masa kini.

3. Bedak Padat
Ini merupakan produk asas dalam solekan dan semua orang akan mengaplikasikannya. Maslah yang sering berlaku apabila memakai bedak padat ialah kesilapan memilih rona bedak padat ialah kesilapan memilih rona bedak hingga ada kalanya menampakkan wajah seperti sedang memakai masker. Penyelesaiannya, pilihlah rona bedak yang tepat adalah dengan memilih rona yang sedikit gelap daripada warna kulit. Misalnya, kalau bedak padat itu mempunyai nombor satu hingga lima dan kulit kamu patut memilih nombor dua atau tiga. Lihatlah pada kesesuaian warna kulit.

4. Bedak Asas
Ketiksempurnaan kulit akibat bekas jerawat, bintik hitam dan sebagainya boleh ditutupi dengan memakai bedak asas. Namun masalahnya masih ramai gadis yang kurang arif dalam menentukan bedak asas yang sesuai dengan jenis dan warna kulit. Penyelesaiannya, sekiranya kamu masih bingung memilih warna yang tepat, pilihlah, warna bedak asas yang sama atau dekat dengan warna kulit kamu. Selain itu, lakukan ujian terlebih dahulu sebelum memakainya dengan cara mengaplikasikan sedikit bedak asas ke rahang kamu. Dari situ kamu akan mendapat warna yang tepat.

5. Lipstik
Siapa yang tak ingin memiliki bibir seksi dengan garis yang sempurna? Namun, masih ramai gadis yang keliru dalam menentukan warna lipstik warna bibir dan kulitnya. Penyelesaiannya, dalam memilih warna lipstik ialah ia harus sesuai bukan sahaja dengan warna kulit sebaliknya bersesuaian dengan warna pakaian, majlis yang dihadiri dan tema majlis. Agar tampil lebih natural, gariskan bibir dengan penggaris bibir yang berfungsi unutk membingkaikan bibir.

No comments:

Post a Comment