Sekiranya di tanya kepada semua suami, apa perkara yang mereka nak isteri mereka tahu tetapi sangat susah untuk diluahkan, pasti bermacam-macam perkara yang akan diutarakan.
Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami anda atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat-sangat mahu anda sebagai isteri tahu perkara tersebut.
1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"
Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki.Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya,dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal "ada masalah ke?"Jawapan : "tak ada apa-apa lah", tetapi sebenarnya "ada".
2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur,selalu abang yang mula dulu!".
Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langlah pertama untuk aksi pada malam tersebut.Jarang sekali isteri yang memulakannya.Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
3."Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
Tunjukkan 'kenakalan" kepada suami. Pasti suami suka
4."Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
Kebanyakan lelaki tidak suka sekiranya dipersoalkan cara dia berpakaian.Biarkan dia menentukan imej nya asalkan tidak menyalahi adat dan hukum agama.
5."Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
Lelaki sangat berbangga kalau ada isterinya mengepit tangannya ketika berjalan-jalan.Dalam hati suami akan berkata"tengoklah wahai orang ramai,ni lah isteri aku,tengok dia sangat sayangkan aku".
6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?".
Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri.Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan anda berdua beredar dari tempat tersebut.
7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"
Tunjukkan sifat kemanjaan anda sebagai isteri dengan cara diatas. Suami anda akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.
8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"
Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata"bang, mintak tolong basuhkan bilik air!" berbanding "bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih, saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!"
9."Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"
Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, "abang sayang saya tak?" suami jawab "sayangggg",kemudian tanya lagi"betul ni sayang?"suami jawab lagi " betul ,abang sayang" kemudian tanya lagi"betul ? aahh, tipulah!".suami nak jawab apa lagi?
10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."
Boleh dikatakan semua lelaki tak suka di bebel,walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi akan meninggikan lagi lagi ego mereka.
No comments:
Post a Comment