Menurut Puan Jiha, dia menggunakan Mikroskop di Makmalnya untuk melihat secara dekat susu ibu dan akhirnya dia mendapati sel-sel ibu itu seperti titisan emas.
10x Zoom menggunakan Mikroskop
Tidak dinafikan susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi yang baru lahir. Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Maka, memang benarlah perumpamaan selama ini bahawa susu ibu adalah titisan emas!
No comments:
Post a Comment