Manusia sekarang semua nak auto. Siap offer design kubur ala2 heri potter bagai.. kau dah kenapa pakcik Ooi.. erkk.. pakcik ke abang aku pun tak sure.
Aku pun tak sure samada ni sarcasm.. Apapun kalau betul dia menyediakan perkhidmatan gila macam ni hope Allah bagi hidayah untuk dia. Ini bukan penyelesaian tapi bermulanya satu masalah. Tapi aku tak rasa dia buat service macam ni.. just sarcasm je ni.
Nak cakap pasal hukum hakam ni aku tak pandai tapi sebagai seorang yang beragama Islam aku memang nampak perkara ni merosakkan akidah orang jer. Amalan baru yang takde dalam Islam.. Duit tak boleh membantu orang yang dah mati di dalam kubur sana, ok! Kalau semudah tu nak tolong orang yang dah mati mendapat ganjaran pahala maka orang kaya la paling banyak dapat manafaat sebab setakat kubur lengkap dengan audio mp3 bacaan Al Quran depa lebih berkemampuan untuk buat.
Sudah sudah la buat kerja gila di zaman yang sememangnya manusia banyak dah tak normal ni. Merapu jer idea2 hangpa ni tau! Ni bukan kreatif tapi merosakkan orang. Dan tak payah mencetuskan kontroversi dengan sindiran macam ni kalau niat dia sekadar nak menyindir... atau senang tak payah buat benda mengundang fitnah la walau apapun niat kita.
p/s : apapun benda ni belum berlaku di Malaysia.. Aku rasa pakcik ni buat post macam just sarcasm jer kot..
No comments:
Post a Comment