Semua perancangan & jarakkan anak adalah secara semulajadi dengan mengenal pasti waktu subur. Kitar haid saya tidaklah tetap setiap bulan. Kadang-kala 3 bulan sekali, barulah datang haid. Itu pun tidak menentu tarikhnya.
Jom berkongsi sedikit pengetahuan dari pengalaman saya:-
- Kira dari hari pertama keluarnya darah haid sehingga hari ke-11 (walaupun haid dah habis, mesti kena kira). Mesti tanda/tulis hari pertama haid, senang nak kira.
- Waktu subur adalah pada hari ke-11 hingga hari ke-17. Sebolehnya masa subur ni, elakkan hubungan intim bersama suami (bagi yang tak nak mengandung lagi) atau lebih berhati-hati semasa melakukan hubungan intim.
- Periksa lendir yang keluar dari faraj. Jika waktu subur, lendiran agak likat seperti putih telur (kadang-kala menjadi basah kerana banyak).
- Terasa senak di bahagian bawah perut/ari-ari.
- Badan tidak selesa & pening kepala.
- Payudara agak sakit & tegang.
Alhamdulillah, percubaan saya untuk jarakkan anak agak berhasil. Anak sulung (10 tahun), anak kedua (7 tahun) & anak ketiga (3 tahun). Kenalah merancang anak terutama bagi yang belum stabil ekonomi rumahtangganya kan..
Apapun, bagi isteri-isteri yang masih was-was dengan cara saya ni, digalakkan makan pil perancang atau cara lain untuk elak mengandung lagi. Silap kira nanti, termengandung la pula kan..
No comments:
Post a Comment