Saturday 14 February 2015

SEBAB KENAPA WANITA MENGANDUNG BEREBUT REBUT MAHU BERANAK DI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA - Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan hanya kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya (HPj) selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap istimewa dan gah.

Lapor Harian Metro, HPj juga didatangi oleh mereka yang dari dalam dan luar Lembah Klang dengan melakukan pelbagai taktik dan usaha untuk mencari peluang melahirkan anak di wilayah ini.

Antaranya, mereka sering memaklumkan datang bersiar-siar di Putrajaya pada saat-saat akhir kehamilan dan hadir ke HPj kerana merasakan sudah tiba masa untuk bersalin.


Ekoran dari itu, HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.

Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora'i Mohd Said berkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.

Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.

Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada penduduk Putrajaya yang seringkali merungut akan tiada kekosongan di Putrajaya menyebabkan mereka terpaksa bersalin di hospital yang lain. (Tidak dilaporkan dalam berita).

1 comment:

  1. Ooo..mcm tu ke..blh juga plan beranak kat sini ni hehehe...

    ReplyDelete