Friday, 13 February 2015

Perempuan = Pemalas!

Perempuan dengan pemalas ? boleh dikatakan janggal jugak rasanya tapi terima hakikat sebab kebanyakan orang memang ada sifat pemalas nie tapi berlainan tahap hehehe ada yang sipi-sipi ada terlebih malas.Ehem ada pengalaman dengan perempuan pemalas. Sampai rasa nak keluar rumah tapi ada kekangan pulakk yang tak bagi keluar rumah. Ehem bukan lah orang yang terlalu rajin tapi bukan terlalu pemalas kerana kebanyakan yang si pemalas tak buat nie Ehem buat walaupun tersenguk-senguk. hahaha

Antara sifat pemalas terlampau

    Perempuan = Pemalas!
  • Sidai kain sampai berhari-hari 
  • Kain dah siap basuh tak jemur-jemur
  • Pinggan mangkuk lepas makan tak reti basuh
  • Kain baju berlonggok-longgok bersepah-sepah
  • Tinggal gelas merat-rata selpas minum
  • Baju dah lipat tak reti nak simpan
  • Bilik air tak reti cuci

Bukan tahap pemalas ke cam tue? Memang tak paham kalau jenis perempuan yang macam nie.

Perempuan = Pemalas!

Susah sangat kot nak angkat kain yang dah jemur letak dalam bakul kalau tak nak lipat pun. Pagi jemur petang selepas balik kerja tolong lah angkat. Tak de lah orang lain pulak yang angkat kan. Sekali dua mungkin boleh tapi lama-lama naik muak pulak.

Kain kalau dah siap basuh tolong lah jemur atau letak dalam bakul kalau taknak jemur pun.Ini sampai kain dah kering sendiri tak berjemur-jemur. Lepas tue basuh semula. Biar lagi tak jemur lagi. Sampai bila nak macam tue. Orang lain nak guna jugak bukan nak tengok sepanjang hari kain baju yang tak berangkat tue. malu lah orang tengok  kain baju yang sama sepanjang minggu.

Pinggan mangkuk gelas cawan kalau lepas guna tolong lah basuh dengan sempurna. Bukan apa takkan orang lain yang makan orang lain pulak yang tolong settle kan. Bukannya makan dekat kedai makan. Ini boleh sampai clear rak semua pinggan gelas guna tapi tak nak basuh. Kalau orang lain yang basuh makin lemak makin menjadi. Jangan ingat orang kat rumah tak de kerja lain nak buat. Orang lain kerja jugak. Tahu penat jugak. So sila saling memahami.

Kain baju bersepah dalam bilik sendiri lantak kau lah kan tapi kalau sampai kain bersepah sampai kat luar bilik buat semak mata memandang no wonder lah orang lain sakit hati. Kalau pemalas sangat sila lah beli bakul banyak-banyak dan letak dalam bakul susun dengan berhemah di dalam bilik anda ye. Ini kerana menyusahkan orang lain untuk mengemas rumah serta menyakitkan pandangan mata.

Oh ye, part kemas rumah memang terbaik. Lepas orang lain kemas tolong jangan sepahkan barang-barang anda dengan sesuka hati. Ini kerana boleh mengundang umpat keji dan sumpah seranah kerana sikap pemalas itu. Tolong hormati perasaan orang lain dan buang sedikit sifat pemalas yang terlampau.

waaaa pernah tak alami hausemate atau roomate macam nie? camne korang hadapi dengan sabar??? stress tak ?? huhuhu

No comments:

Post a Comment