Wednesday 11 February 2015

7 Sebab Anda Masih Lapar Selepas Makan

Kerap tak lepas makan tapi masih lagi nak makan...nafsu atau selera besar agaknya tu?
Ehemm ada jumpa fakta tentang perkara ini, jom tengok ada tak persamaan dengan diri kita.

7 Sebab Anda Masih Lapar Selepas Makan* MINUM BERGAS SODA@MANIS 
Setiap kali anda mahu meneguk minuman bergas, manis aataupun soda ingatlah bahawa minuman tersebut adalah antara penyebab berat badan anda meningkat. Ini kerana minuman bergas, teh ais atau lain-lain minuman yang manis merupakan sumber fruktosa yang sangat tinggi. Kajian terbaharu Universiti California di San Francisco menunjukkan bahawa fruktosa boleh memperngaruhi otak kita ters menginginkan makanan walaupun kala itu sudah kenyang.

*MAKANAN DALAM TIN 
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi bahan kimia bisphenol-A atau BPA yang tinggi. America Food and Drug Administration baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang kesan BPA yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah kerna pernyelidik-penyelidik Universiti Harvard mendapati bahawa pendedahan kepada BPA secara berterusan boleh menyebabkan pertambahan leptin yang tidak normal dalam tubuh. Ini membuatkan timbul keinginan yang berterusan terhadap makanan sehingga boleh terjadinya masalah obesiti.

* TIDAK BERSARAPAN SECUKUPNYA 
Setelah menjalankan kajian terhadap 6764 orang responden selama empat tahun, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil hanya 300 kalori sewaktu minum akan meningkat beratnya sama dengan yang mengambil 500 kalori. Ini kerana pengambilan sarapan dalam kuantiti yang besar akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang kecil sepanjang hari. Peningkatan yang rendah ini akan membuatkan keinginan untuk makan berkurangan. Jadi apabila jumlah sarapan pagi kita keci peningkatan gula darah dan insulin akan  menjadi tinggi menyebabkan keinginan pada makannan sepanjang hari sentiasa ada.

*TIDAK CUKUP SAYUR-SAYURAN 
Kebanyakan kita tidak makan sayur dalam kadar yang secukupnya. Sayur-sayuran hijau terutamanya kaya dengan Vitamin B dan folat yang membantu melindungi kita daripada kemurungan, kelesuan  dan penambahan berat badan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Amerika mendapati bahawa individu yang makan sayur mempunyai  paras folat yang tinggi dalam tubuh dapat mengurangkan berat badan 8.5 kali lebih cepat berbandung mereka yang paras foltnya rendah. Sayur-sayuran berdaun hijau jua kaya dengan vitamin K, sejenis nutrien yang dapat membantu mengurangkan keinginan terhdapa makanan yang berterusan. Sumber yang kaya dengan folat antaranya salad romaine, bayam dan radicchio.

* TIDAK MINUM TEH 
Menurut kajian yang diterbitkan dalam journal of the American College of Nutrition, mereka yang minum secawan teh pekat selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi akan dapat menurunkan paras gula darah sehingga 10 peratus selelpas dua setengah jam makan. Ini bermakna mereka akan tetap berasa kenyang dalam jangka tersebut dan sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan lagi. Menurut penyelidik kandungan polyphenolic dalam teh pekat mampu menguangkan rasa lapar yang berulang.

* KURANG MINUM AIR 
Dehidrasi sering disalahertikan dengan rasa lapar. Andai anda sduah makan dan masih berasa lapar, cuba amalkan petua minum segelas air sebelum makan. Anda pasti akan mendapati bahawa keinginan untuk makan pasti berkurangan.

* ANDA BOSAN 
Rasa bosan ataupun tekanan sering menyebabkan keinginan kepada makanan bertambah. Apabila perasaan ini anda alami cuba bayangkan makanan-makanan kegemaran anda. Andai anda benar-benar lapar, makanan tersebut pasti membuat anda terliur. Tetapi jika anda rasa biasa-biasa sahaja, ini bermakna anda tidak benar-benar lapar.

No comments:

Post a Comment