Apa faktor-faktor yang menyebabkan kulit tumit kaki pecah?
- Kurang penjagaan diri
- Kulit terlalu kering
- Pertambahan berat badan
- Produk tidak sesuai
- Pemilihan kasut yang salah
So untuk mengatasi masalah ini pelbagai cara dan petua telah anda cuba namun tak berjaya..meh saya kongsikan tips untuk tumit pecah yang saya baca dari majalah wanita baru-baru ini. Bahan-bahan untuk merawat masalah tumit ini sangatlah mudah atau senang kata, mudah nak cari, tinggal lagi malas dengan rajin je.haha
1. Getah betik (betik tua) Potong kecil buah betik, ambil bahagian yang ada getah, then sapu pada tumit, gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering dan bilas dengan air. Amalkan sekerap mungkin untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
2. Asam keping
Masukkan beberapa keping asam keping kedalam baldi atau besen (jangan masuk dalam kolah mandi sudah.huhu)yang berisi air suam, then rendam kaki 20-30 minit Kesan : menghilangkan bau kaki dan merawat rekahan tumit
3. Avocado (woww makan pon sodap ada vitamin e)
Kisar isi buah sampai halus, then sental kaki (tumit) , biar kering 15-20minit, bilas sehingga bersih. Nak kesan menakjubkan buat seminggu 2 kali.
4. Minyak zaitun
Gosok tumit dengan batu sungai, keringkan dengan tuala, lepas tu sapu dengan minyak zaitun pada tunit, pakai stokin(buat sebelum tido)..bagus diamalkan setiap hari.
5. Kelapa parut (sambil2 perah santan nak buat kari tu, hampas jangan dibuang)
Campurkan garam dan kepala parut (scrub), gosok bahagian tumit (perlahan-lahan 3-5 minit, akhir sekali bilas bersih.
6. Tepung beras
Gosok tumit dengan tepung beras+ madu
Ke enam-enam bahan yang telah dinyatakan sangat mudah diperolehi, dan sekiranya nak lagi mudah dan senang, saya syorkan Herbal Blend Cream. Mudah dibawa dan dan boleh disapu pada bila-bila masa. Tidak melekit, tanpa bahan kimia, semulajadi dan memberi kesan yang sangat terbaik
No comments:
Post a Comment