Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang.
Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,
"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."
Lalu Allah swt menjawab,
"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"
Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah,
"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?"
No comments:
Post a Comment