Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan | Gigi yang putih pasti menjadi idaman semua. Boleh senyum dengan penuh keyakinan, betul tak? Menggosok gigi sahaja belum tentu gigi akan putih dan berseri. Lebih-lebih lagi kalau korang suka minum minuman berkafein atau seorang perokok tegar.
Namun ada beberapa tips memutihkan gigi yang boleh korang cuba. Antaranya.
Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan
1) Letak sedikit soda bikarbonat di atas berus gigi untuk mengurangkan hidrogen peroksida. Ini sebenarnya petua tradisional untuk memutihkan gigi.
2) Campurkan beberapa titis jus lemon dengan secubit garam. Sapukan campuran tersebut ke gigi secara lembut. Kemudian gosok gigi seperti biasa.
3) Campuran cuka putih dan buah epal yang telah diparut juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan karat pada gigi. Tapi cari ini tidak boleh dilakukan setiap hari kerana akan merosakkan lapisan enamel pada gigi.
4) Buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri juga memberi kesan kekuningan pada gigi sama seperti minuman berkafein. Jadi pastikan korang berus gigi atau berkumur ataupun sekadar minum segelas air suam selepas makan buah-buahan.
5) Amalkan menggosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Ia dikatakan mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut yang dapat menghilangkan kesan karat pada gigi. Dan yang penting kulit limau tidak membahayakan lapisan enamel gigi.
6) Pengambilan keju dikatakan boleh melindungi gigi kerana mengandungi lactidc acid. Keju juga mengandungi kalsium yang berguna untuk pembentukkan enamel gigi.
Ini antara beberapa Tips Memutihkan Gigi Dengan Mudah Dan Berkesan yang boleh korang amalkan. Selain itu jangan lupa berjumpa doktor gigi untuk mendapat rawatan pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.
No comments:
Post a Comment